senai-desaru expressway berhad
Compliments
Moga maju E22.


En. Bahaman Baharom, Kota Tinggi.
Home arrow News arrow Peraduan Lalu & Menang Lebuhraya Senai-Desaru 2017
Peraduan Lalu & Menang Lebuhraya Senai-Desaru 2017
Lebuhraya Senai-Desaru (E22) telah mengadakan Peraduan Lalu dan Menang yang berlangsung selama lima bulan bermula Januari hingga Mei 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif E22, En Jamal Abd Nasir Taharim berkata “Tujuan peraduan diadakan ini adalah untuk menghargai pengguna setia Lebuhraya Senai-Desaru yang menggunakan Lebuhraya Senai Desaru untuk perjalanan setiap hari”.

Dalam tempoh lima bulan peraduan berlangsung, kami telah menerima sebanyak 1900 penyertaan. Kami sedang menyemak semua borang-borang yang dihantar bersama resit bayaran tol untuk memastikan setiap penyertaan memenuhi syarat-syarat peraduan.”

Peraduan ini menawarkan sebanyak 30 hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu Perodua Axia untuk para pemenang. Pemilihan pemenang akan dijalankan pada 7hb Jun 2017 dan nama-nama para pemenang akan dihebahkan melalui laman sesawang dan laman media sosial seperti facebook dan twitter.

En Jamal berkata “sesi penyampaian hadiah utama dan hadiah sampingan akan diadakan pada 15hb Jun dan tempat pula akan dimaklumkan melalui surat jemputan”.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyertai Peraduan “Lalu dan Menang” yang kami anjurkan ini dan terus menggunakan Lebuhraya Senai-Desaru sebagai laluan pilihan.

lalu_menang1.jpglalu_menang3.jpg

 

lalu_menang4.jpg  
lalu_menang5.jpg