senai-desaru expressway berhad
Reach Johor Premium Outlets (JPO) faster and conveniently via E22
JPO is 5 minutes away from E22 expressway upon exit from E22's Senai Interchange. Feel the hassle-free journey and value for your money and time. 
Home arrow News arrow E22 Rai Anak-Anak Yatim Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram
E22 Rai Anak-Anak Yatim Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram

  Seramai 12 orang anak-anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram di raikan dalam 'Program Ceria Ramadhan'. Anak-anak tersebut dibawa untuk membeli kelengkapan pakaian hari raya di Pasaraya Aeon Tebrau dan berbuka puasa di Hotel Silka Johor Bahru. Program ini adalah anjuran Senai Desaru Expressway Berhad (SDEB) dengan kerjasama Hotel Silka Johor Bahru. 

Melalui program itu setiap pelajar diperuntukkan sejumlah wang untuk membeli-belah pakaian hari raya dengan diiringi oleh pengiring-pengiring yang terdiri daripada kakitangan SDEB sendiri untuk membantu mereka membeli belah. Selain itu, pihak SDEB juga mendapat kerjasama pihak Hotel Silka Johor Bahru untuk majlis berbuka puasa yang diadakan di hotel tersebut. Pelbagai program dijalankan bagi meraikan mereka seperti persembahan dari pihak hotel sendiri serta duit raya dari pihak SDEB dan juga Hotel Silka. 

rai1.jpg

rai2.jpg

rai3.jpg

rai4.jpg

rai5.jpg

rai6.jpg

rai7.jpg

rai8.jpg