senai-desaru expressway berhad
Jumlah Bantuan Kepada Pengguna E22


      JULAI 2017 

      304 Bantuan
Home arrow FAQs arrow E22 FAQs - Bahasa Malaysia Version
E22 FAQs - Bahasa Malaysia Version

1.Berapakah kadar tol bagi setiap perjalanan menggunakan E22?

Kadar tol adalah seperti berikut:

toll_rates_15102015.jpg


 2. Apakah keistimewaan E22 jika dibandingkan dengan Jalan Persekutuan yang sedia ada?

Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan E22. Antaranya adalah:

  1. Perkhidmatan panggilan kecemasan di setiap 2 km di sepanjang lebuhraya E22.
  2. Perkhidmatan percuma Pasukan Keselamatan E22 yang sentiasa mengawasi, memantau dan membantu pengguna lebuhraya 24 jam sehari. Skop perkhidmatan adalah terhad kepada pembaikan kecil dan perkhidmatan tow ke plaza tol atau kawasan Rehat dan Rawat berhampiran dan hanya tertakluk kepada kenderaan Kelas 1 dan Kelas 4 sahaja.
  3. Lebuhraya E22 menghubungkan anda terus dengan laluan ke Lapangan Terbang Senai dan merupakan jalan terpantas dari arah Kota Tinggi, Pasir Gudang dan Penawar / Desaru.
  4. Kami menyediakan kawasan Rehat & Rawat untuk keselesaan pengguna lebuhraya.

3. Apakah yang menjadi daya tarikan utama di Lebuhraya E22?

Di sepanjang 77 km lebuhraya E22 ini, anda disajikan dengan pemandangan indah dengan adanya pusat tanaman orkid, kolam, hutan paya bakau, jambatan merentangi Sungai Johor dan banyak lagi.


 4. Bagaimana hendak ke Bandar Penawar / Desaru menggunakan lebuhraya E22?

Dari: Senai / Lebuhraya PLUS (Kuala Lumpur / Melaka / Negeri Sembilan) :
Pengguna dari lebuhraya PLUS perlu keluar di Persimpangan Senai Utara / Tuas / Linkedua dan sejurus selepas pembayaran tol, sila ambil laluan menghala ke Senai. Selepas lebih kurang 2 km perjalanan, sila masuk ke Persimpangan Lebuhraya E22 yang dikenali sebagai Persimpangan Utama Senai. Untuk ke Desaru, anda kini hanya memerlukan lebih kurang 45 minit untuk terus sampai ke Persimpangan Penawar dan seterusnya ke Desaru.

Dari: Pasir Gudang / Cahaya Baru :
Anda boleh menggunakan E22 menerusi Persimpangan Pasir Gudang yang terletak di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat dan terus ke Persimpangan Cahaya Baru. Untuk ke Desaru, anda kini hanya memerlukan lebih kurang 18 minit dari Persimpangan Cahaya Baru untuk sampai ke Persimpangan Penawar dan seterusnya ke Desaru.


5. Bagaimana hendak ke Senai / Kuala Lumpur / Lebuhraya PLUS dari Pasir Gudang?

Anda perlu masuk di persimpangan Pasir Gudang menerusi Jalan Persiaran Tg. Langsat dan dalam masa 4 minit anda akan tiba di Persimpangan Cahaya Baru. Di sana, anda perlu mengambil kad transit dan teruskan perjalanan ke Senai di mana ianya akan menghubungkan anda terus ke Lapangan Terbang Senai atau ke Kuala Lumpur / Linkedua menerusi Lebuhraya PLUS (E2).


6. Berapa dan di manakah kawasan hentian rehat di sepanjang lebuhraya E22?

Terdapat 2 Kawasan Rehat dan Rawat E22:

  1. KM 31 di laluan menghala ke Senai.
  2. KM 32 di laluan menghala Penawar / Desaru.

7. Bagaimanakah hendak menghubungi pihak E22 sekiranya berlaku kecemasan atau hendak membuat aduan?

Anda boleh:

  1. Menggunakan telefon kecemasan yang terletak di setiap 2 km sepanjang E22.
  2. Menghubungi talian hotline: 07-861 2222.
  3. SMS: 07-861 2222
  4. Email: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

8. Di manakah Pusat Pentadbiran E22?

Pusat Pentadbiran E22 terletak di:

Kompleks Pejabat Pentadbiran
KM 22 Lebuhraya E22
81800 Ulu Tiram
Johor Darul Takzim


 9. Di mana saya boleh dapat flyers E22?

Anda boleh mendapatkan flyers E22 di CIQ, Pusat Informasi Pelancongan Johor (JOTIC) di JOTIC Mall, Johor Bahru dan Kota Tinggi serta di semua Plaza Tol E22. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.e22.com.my/The-Map.html untuk mencetak peta E22.


 10. Berapakah jarak perjalanan bagi setiap destinasi di E22?

Jarak perjalanan keseluruhan Lebuhraya Senai-desaru adalah sepanjang 77 km. Jarak perjalanan di antara persimpangan-persimpangan adalah seperti berikut:

  1. Senai ke Ulu Tiram – lebih kurang 23 km.
  2. Ulu Tiram ke Cahaya Baru – lebih kurang 20 km.
  3. Cahaya Baru ke Pasir Gudang – lebih kurang 7 km.
  4. Cahaya Baru ke Penawar (Desaru) – lebih kurang 27 km.

 11. Berapakah anggaran masa perjalanan bagi setiap destinasi di sepanjang E22?

distance_pic_v2.gif 


12. Adakah E22 mengeluarkan resit bagi penggunaan kad Touch N Go?

Ya. Anda hanya perlu menggunakan Touch N Go di lorong kenderaan berat (Lorong paling kiri) dan meminta resit dengan jurutol kami.


13. Bagaimanakah cara untuk menggunakan kad Touch N Go bagi pengguna teksi (Kenderaan Kelas 4)?

Pemandu teksi boleh menggunakan lorong Touch N Go di mana-mana persimpangan masuk tetapi harus menggunakan lorong kenderaan berat (Lorong lori) untuk menikmati kadar diskaun untuk kenderaan Kelas 4.


14. Adakah E22 mempunyai servis tambah nilai kad Touch N Go?

Ya. Anda boleh menambah nilai kad Touch N Go anda di Pusat Jualan kami yang terletak di semua Plaza Tol E22. Anda juga boleh membeli kad Touch N Go di Pusat Jualan kami.